16 MEI
Selamat hari guru diucapkan buat semua guru di
seluruh malaysia.
Semoga berjaya tak kira di mana jua anda berada.
TEMA HARI GURU 2012
Guru
Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Sajak
nukilan Allahyarham Seniman Negara Dato Dr. Usman Awang .
Berburu
ke padang Datar,
Dapat
rusa berbelang kaki,
Berguru
kepalang ajar,
Ibarat
bunga kembang tak jadi.
Dialah
pemberi paling setia,
Tiap
akar ilmu miliknya,
Pelita
dan lampu segala,
Untuk
manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur
kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin
yang ditauliahkan segala umat,
Seribu
tahun katanya menjadi hikmat.
Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika
hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika
hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika
hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika
hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika
hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika
hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya
dimulakan oleh sorang guru biasa,
Dengan
lembut dan sabarnya mengajar tulis baca.
Di
mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di
sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di
bangunan tua Hulu Terengganu,
Dia
adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin
bererti tugasnya kepada negara.
Jadi
apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi
yang diapungkan didulangi
Panggilan
keramat “cikgu” kekal terpahat,
Menjadi
kenangan ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment